PROGRAM BAKUL MAKANAN MAIWP PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA 2025

  • Post author:
  • Reading time:20 mins read

27 Julai 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan lagi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Bantuan telah disalurkan ke dua lokasi, iaitu PPR Kg Limau dan PPR Perumahan Pantai Permai, dengan masing-masing 100 penerima.

Inisiatif ini dijayakan hasil kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YFBM, dengan sokongan dana zakat melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA), bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan di Wilayah Persekutuan. Pada tahun ini, program ini turut diperluaskan dengan pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang paling memerlukan.

Turut hadir memeriahkan program kali ini ialah Ketua Pusat Agihan Zakat (PAZA) Lembah Pantai, Encik Muhamad Safwan bin Saidin, pegawai-pegawai PAZA MAIWP, Ketua Pegawai Kewangan YFBM, Encik Azhar bin Ahmad, serta AJK tempatan di PPR Kg Limau, PPR Perumahan Pantai Permai, dan warga kerja YFBM.

Program Food Bank Lestari – MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025 akan diteruskan lagi ke 18 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para sukarelawan, AJK tempatan, komuniti setempat, serta warga kerja YFBM yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Berpakat Bantu Masyarakat!

Every donation will go to feed the right person.

DONATE