9 Julai 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) diteruskan lagi di dua lokasi iaitu PPR Salak Selatan dengan 100 penerima di Surau Al – Falah dan PPR Seri Alam dengan 100 penerima di Surau Silaturrahim.
Inisiatif berterusan ini adalah kerjasama antara MAIWP dan YFBM, dengan bantuan dana zakat melalui MAIWP dan kehadiran Pusat Agihan Zakat (PAZA) Bandar Tun Razak membantu memberi penerangan berkenaan skim yang dibawah MAIWP bagi asnaf yang memerlukan di Wilayah Persekutuan. Tahun ini, program ini turut diperluas dengan pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang paling memerlukan.
Turut hadir untuk program kali ini ialah Ketua Pusat Agihan Zakat Bandar Tun Razak, Puan Noor Jamimah binti Ahmad dan barisan pengurusan PAZA MAIWP, Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puteri Fazlieznoor binti Yahaya; Pengurusan Tertinggi Masjid Al Khasyi’in Desa Petaling serta ajk tempatan di PPR Salak Selatan dan PPR Seri Alam dan warga kerja YFBM.
Program Food Bank Lestari – MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025 akan diteruskan lagi ke 26 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan, AJK tempatan, komuniti setempat serta warga kerja YFBM yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Berpakat Bantu Masyarakat!