PROGRAM BAKUL MAKANAN MAIWP PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA 2025

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read
15 November 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Sebagai lokasi penutup bagi keseluruhan program MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025, agihan bantuan pada kali ini tertumpu di Surau Al-Muttaqin, PPR Pekan Kepong melibatkan 100 penerima, serta di Surau Jumaat Al-Hijrah, PPR Intan Baiduri yang turut menerima 100 penerima bantuan.
Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan YFBM, dengan sokongan dana zakat melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA). Program ini terus diperluaskan sepanjang tahun bagi menyantuni golongan asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh.
Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pusat Agihan Zakat (PAZA) Cawangan Segambut, Encik Shahrul Zaman bin Shahrudin, Ketua Pegawai Kewangan YFBM, Encik Azhar bin Ahmad, Pengerusi Surau Al-Muttaqin PPR Pekan Kepong, Encik Syed Azlan bin Syed Zainuddin, Pengerusi KRT PPR Intan Baiduri, Puan Zariah binti Ali, serta AJK tempatan, sukarelawan dan warga kerja YFBM.
Program Food Bank Lestari di bawah inisiatif MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025 telah berjaya dilaksanakan sebagai salah satu usaha berterusan dalam membantu golongan asnaf di Wilayah Persekutuan. YFBM amat berbesar hati dapat meneruskan kerjasama bersama MAIWP serta PAZA dalam memastikan bantuan makanan disalurkan secara teratur dan berkesan kepada komuniti yang memerlukan.
YFBM turut merakamkan penghargaan kepada para sukarelawan, AJK penduduk, komuniti tempatan, serta warga kerja YFBM yang telah menjayakan keseluruhan program sepanjang tahun ini.
Memacu Kegemilangan Ummah
Berpakat Bantu Masyarakat!
DONATE