25 Oktober 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan lagi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, lokasi agihan bantuan tertumpu di PPR Taman Wahyu dengan 100 penerima di Surau Jumaat Al- Hidayah dan di PPR Beringin dengan 100 penerima di Surau Jumaat Al Hikmah. Program kali ini juga diadakan saringan kesihatan dibawah inisiatif PeKa B40 dengan kerjasama Klinik As – Salam Bangi.
Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YFBM, dengan sokongan dana zakat melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA). Program ini terus diperluaskan bagi menyantuni golongan asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh.
Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pusat Agihan Zakat (PAZA) Cawangan Batu, Encik Abdul Rashid bin Abd Aziz, Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puan Puteri Fazlieznoor Yahaya, Pengerusi Surau Jumaat Al- Hidayah, Haji Naseri bin Mohd Salleh, Pengerusi Surau Jumaat Al Hikmah, Encik Amin Zalmi bin Ab Fatah, serta AJK tempatan, sukarelawan dan warga kerja YFBM.
Program Food Bank Lestari – MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025 akan diteruskan lagi ke 6 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan.
YFBM mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan, AJK penduduk, komuniti tempatan, serta warga kerja YFBM yang telah menjayakan program ini.
Berpakat Bantu Masyarakat!
