2 Julai 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin kini memasuki tahun kedua dengan pelaksanaannya bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, bantuan telah disalurkan kepada dua lokasi iaitu PPR Seri Malaysia dengan 100 penerima di Surau Al- Mustaqim dan Flat Seri Sabah dengan 100 penerima di Dewan Blok 66.
Inisiatif ini diteruskan hasil kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YFBM, dengan sokongan dana zakat melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA) untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan di Wilayah Persekutuan. Tahun ini, program ini turut diperluas dengan pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang paling memerlukan.
Turut hadir memeriahkan program kali ini Ketua Pusat Agihan Zakat Bandar Tun Razak, Puan Noor Jamimah binti Ahmad; Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam PAZA Bandar Tun Razak, Encik Muhammad Shahir bin Jimi; Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puteri Fazlieznoor Yahaya; Pengurusan Tertinggi Masjid Al Khasyi’in Desa Petaling; Timbalan Pengerusi Surau Al Mustaqim, Encik Hazalan bin Bakar Puan; Pengerusi Persatuan Penduduk, Tuan Haji Zainal Abidin Wahab serta ajk tempatan dan warga kerja YFBM.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sukarelawan, AJK tempatan, komuniti setempat serta warga kerja YFBM yang bertungkus lumus menjayakan program ini.