16 Feb 2024 – Program Aglomerasi Pulau Tuba yang merupakan program kerjasama antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan di Pulau Tuba, Langkawi baru-baru ini.
Pada hari pertama program, sebanyak 26 set makanan asas telah diagihkan kepada penduduk di sini. Agihan pada kali ini sedikit berbeza kerana para sukarelawan YFBM dan UKM melaksanakan agihan sumbangan dengan menaiki motosikal dan dihantar dari rumah ke rumah. Agihan ini juga dijalankan pada waktu petang dan malam.
Program ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, En. Johan Halid dan Ketua Pusat Permodelan & Analisis Data (DELTA) UKM, Prof. Madya Dr. Zainol bin Mustafa.
Semoga ukhwah dan kerjasama ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Berpakat Bantu Masyarakat.
1/2