PROGRAM AGIHAN KOTAK MAKANAN FOOD BANK KASIH YFBM & BERAS FIDYAH SUMBANGAN IKHLAS.COM DI SK TELOK TEDURI
15 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan program agihan Kotak Makanan Food Bank Kasih YFBM bersama Beras Fidyah sumbangan ikhlas.com kepada komuniti yang memerlukan di Sekolah Kebangsaan Telok Teduri.
Program ini turut disertai oleh pasukan YFBM bersama para sukarelawan yang berganding bahu memastikan proses agihan berjalan lancar serta sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada @ikhlasdotcom atas sumbangan beras fidyah serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab keberkatan dan membawa manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.








