20 Januari 2026 – Sumbangan 700 kotak Bantuan Makan Sedia Dimakan (RTEF) daripada Yayasan Hasanah telah berjaya dihantar ke Sarawak sebagai bantuan persediaan banjir, dengan sokongan logistik daripada
Tentera Udara Diraja Malaysia (@tudm_rasmi ).
Agihan RTEF ini telah disalurkan kepada:
- Yayasan Serian
- Angkatan Pertahanan Awam (APM) Serian
- RELA Negeri Sarawak
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada TUDM atas bantuan logistik serta APM Serian, RELA Negeri Sarawak, Yayasan Serian dan semua pihak terlibat yang telah bersama-sama memastikan bantuan ini sampai kepada komuniti yang memerlukan.
Berpakat Bantu Masyarakat.







