9 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menyelaras penghantaran bantuan Ready-to-Eat Food (RTEF) ke Sabah bagi membantu komuniti yang terjejas akibat banjir di beberapa daerah termasuk Beaufort, Kota Marudu dan Pitas. Sebanyak 6 pallet barangan RTEF telah dihantar hasil sumbangan Yayasan Hasanah melalui inisiatif GDRN Bantu.
Penghantaran bantuan ini dilaksanakan dengan sokongan logistik daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui No 14 Skuadron, menerusi inisiatif Pengukuhan Kerjasama Awam–Tentera (CIMIC) bagi memastikan bantuan dapat disampaikan dengan cepat dan selamat ke Sabah.
Barangan bantuan ini kemudiannya diserahkan oleh YFBM kepada RELA Negeri Sabah untuk diagihkan ke kawasan terjejas banjir di Beaufort, Tenom, Kota Marudu, Pitas serta kawasan lain yang terjejas di Sabah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Hasanah, GDRN, TUDM No. 14 Skuadron, RELA Negeri Sabah, para sukarelawan serta warga kerja YFBM atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan penghantaran bantuan ini. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban komuniti yang terkesan.











