24 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia berbesar hati menerima Anugerah CDA-ERT Terbaik Tahun 2024 sempena sambutan Hari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ke-73. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen kami dalam menjalankan tanggungjawab kemanusiaan serta memperkukuh kesiapsiagaan dalam pengurusan bantuan bencana dan kecemasan melalui kerjasama erat bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada APM atas penghormatan ini serta kepada semua rakan strategik, sukarelawan, dan penyumbang yang terus menyokong usaha kami dalam memastikan bantuan makanan sampai kepada mereka yang memerlukan, terutamanya dalam situasi kecemasan dan bencana. Kejayaan ini adalah milik kita bersama.
Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh usaha kemanusiaan dan meningkatkan keberkesanan operasi bantuan di lapangan. Yayasan Food Bank Malaysia akan terus komited dalam menjalankan amanah ini demi kesejahteraan masyarakat.
Berpakat Bantu Masyarakat.
HELP US