Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) pada hari ini telah melancarkan pasukan Misi Bantuan Pasca Banjir (YFBM’s Flood Relief Team). Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah (Zatashah Idris), Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YFBM, disaksikan oleh sukarelawan dan warga kerja YFBM. Pasukan ini telah melakukan kerja-kerja sukarelawan di beberapa kawasan yang dilanda bencana banjir iaitu di Bukit Lanchong, Taman Sri Muda, Bukit Changgang dan Hulu Langat. Pasukan ini akan meneruskan misi bantuan ini ke Mentakab dan Temerloh dalam masa terdekat.
Menerusi ucapan perasmian oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, melalui Misi Bantuan Pasca Banjir ini, sukarelawan YFBM dapat membantu dari segi pembersihan rumah mangsa banjir, surau dan masjid serta sekolah dan tadika. Pasukan YFBM juga menghulurkan bantuan peralatan asas rumah seperti tilam, bantal, almari, perkakas dapur serta baik pulih rumah yang rosak. Harapan YFBM agar mereka ini dapat bangun semula menjalani kehidupan seperti selepas menghadapi keperitan bencana banjir, ujar beliau lagi.
Mengulas mengenai peranan pasukan bantuan pasca banjir ini, Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Operasi YFBM berkata, “Untuk makluman, selepas berlakunya banjir besar di Lembah Klang, YFBM terus menyalurkan bantuan berupa bekalan makanan asas dan makanan yang sedia untuk di makan di Pusat Penempatan Sementara di Bukit Lanchong, Taman Sri Muda, Bukit Changgang dan Hulu Langat. Kali ini YFBM mendapat penajaan dari dua buah syarikat korporat iaitu CIMB Foundation dan Xiaomi Malaysia. YFBM mengalu-alukan lebih banyak syarikat korporat untuk terus Bersama bergandingan bahu agar inisiatif ini dapat diperluaskan lagi ke seluruh kawasan yang terlibat dengan bencana banjir.
Selain daripada pelancaran pasukan Misi Bantuan Pasca Banjir, YFBM pada hari ini turut menyampaikan sumbangan sebanyak 50 kotak makanan asas kepada penduduk Taman Bukit Mewah, Kajang yang turut dilanda banjir.
Jutaan terima kasih kepada Xiaomi Malaysia dan CIMB Foundation kerana telah memberi sumbangan yang tidak ternilai ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut:
Name: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank Berhad
Akaun: 5660 1063 0584
ref: FloodRelief21
Sumbangan kepada Yayasan Food Bank Malaysia layak untuk mendapat Pengecualian Cukai LHDN, resit akan diberi sekiranya perlu.
More Post..

SESAMA MARA ‘BOX OF HOPE’ 2025 – AIR SELANGOR, VILLAGE GROCER & YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA
afiq_yfbm_admin
August 30, 2025
30 Ogos 2025 – Program Sesama Mara ‘Box of Hope’ bersama Pengurusan Air Selangor, Village Grocer dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) berlangsung di Surau

RAHMAT RAMADAN: EHH FOOD INDUSTRY & YFBM SANTUNI RAKAN MEDIA DI ASTRO, BUKIT JALIL
afiq_yfbm_admin
February 26, 2026
26 Februari 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama dan sumbangan daripada EHH Food Industry Sdn Bhd (@capkunciofficial) telah meneruskan Program Rahmat Ramadan

Majlis Pelancaran Kampung Siaga 221 Kampung Tuel di Gua Musang, Kelantan
hasriq_yfbm_admin
June 20, 2023
Hari ini telah berlangsung majlis penyerahan 101 set makanan asas kepada petugas barisan hadapan di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu. Penerima terdiri daripada kakitangan
