20 April 2024 – Semalam telah berlangsung program Food Bank Hot Meals NPCharity 7DAYS x Yayasan Food Bank Malaysia bersama pempengaruh TikTok, Cha & Faa bertempat di Pusat Pengumpulan dan Pengagihan YFBM, Kajang.
Program ini merupakan kerjasama kali kedua antara YFBM dan 7DAYS dalam membantu masyarakat.
Pada program ini, 7DAYS telah menyumbang sebanyak RM1,500 kepada YFBM hasil kutipan daripada ‘live streaming’ NPC Cha & Faa di TikTok pada 13 April yang lalu.
Hasil sumbangan ini juga telah digunakan untuk menyantuni dua buah rumah kebajikan iaitu Pusat Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu serta Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim & Miskin Rukaiyah. 7DAYS turut menyumbangkan 120 pek kroisan kepada rumah-rumah kebajikan ini.
Turut hadir pada program kali ini ialah Ketua Pegawai Kewangan YFBM, En. Azhar Ahmad, Pengurus Kanan Pemasaran Muchico Bakery Sdn Bhd, Ms. Cindy Yeo dan pempengaruh TikTok, Cha & Faa.
Semoga usaha seperti ini dapat memberi keceriaan dan manfaat berterusan kepada golongan yang memerlukan.
Berpakat Bantu Masyarakat!
Share our story!
Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
Donate Now
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE