13-14 Disember 2024 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), dengan kerjasama Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah berjaya melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan di Pulau Tuba, Langkawi.
Program ini memberi manfaat kepada 300 keluarga, termasuk nelayan pantai, penoreh getah, dan peniaga kecil di Pulau Tuba, Kg. Selat Bagan Nyior dan Kg. Lubok Cempedak dengan agihan set makanan asas dan kit kebersihan untuk membantu menghadapi musim tengkujuh.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM En. Johan Halid, Pen. Pengarah SKMM Kedah, Pn. Sharliza Saary, Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama (M) Romli Mustafa, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti bt Ishak, Pegawai Bencana dan Operasi APM Langkawi, Lt (PA) Mohd Faezie, Ahli Majlis Daerah Langkawi, Nor Ain Che Hamzah, Pengarah Urusan Dunkin’ Malaysia, Mr. Peter Yu dan pemenang tempat kedua Miss Universe Malaysia, Miss Gianna Tan.
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia selaku penyumbang utama Program Bantuan Kemanusiaan Pulau Tuba. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysiadan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia atas bantuan logistik bagi memastikan kelancaran program ini.
Berpakat Bantu Masyarakat!
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE