MAJLIS PELUNCURAN KAMPUNG ANGKAT DAN SEKOLAH ANGKAT MADANI DI BALING KEDAH

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read

5 September 2025 — Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menyertai Majlis Peluncuran Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI anjuran Jabatan Imigresen Malaysia, yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, bertempat di SK Rambong Pulai, Baling, Kedah. Turut hadir sebagai salah seorang tetamu kehormat majlis adalah Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan Halid.

Sempena majlis tersebut, YFBM telah menyumbangkan 100 Kotak Makanan berisi barangan keperluan asas kepada penerima manfaat. Kami juga melaksanakan #SaveFoodProject dengan mengagihkan makanan kepada para hadirin dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia atas peluang untuk turut serta dalam program bermakna ini serta komitmen berterusan mereka dalam menjaga kebajikan masyarakat.

Nestlé (malaysia)

DONATE