L’OREAL MALAYSIA KASIH RAMADAN – SHOPPING RAYA DAN IFTAR BERSAMA KANAK-KANAK DARI 4 BUA RUMAH KEBAJIKAN

  • Post author:
  • Reading time:7 mins read

11 Mac 2026 –  Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) berganding bahu dengan L’Oréal Malaysia bagi program L’Oréal Malaysia Kasih Ramadan – Shopping Raya dan Iftar di AEON Mall Bandar Utama. Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak dari  Pertubuhan Kebajikan Pendidikan Amal Asyura, Rumah Jalinan Kasih, Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi dan Rumah Perlindungan Al-Nasuha untuk memilih kelengkapan pakaian raya sebagai persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Program ini turut dihadiri oleh Encik Thomas Hruska, Pengurus Besar L’Oréal Malaysia & Singapore, Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia serta kakitangan L’Oréal Malaysia & Singapore, sukarelawan dan warga kerja YFBM yang turut membantu menjayakan aktiviti membeli-belah tersebut.

Selepas sesi membeli-belah selesai, para peserta kemudiannya dibawa untuk berbuka puasa di Grand Dining Hall Iman Iris, Kota Damansara bagi memberi peluang untuk mengeratkan hubungan bersama kanak-kanak pada bulan ramadan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada L’Oréal Malaysia atas komitmen  dan sokongan berterusan. Semoga program ini dapat memberi sinar kebahagiaan dan  membantu kanak-kanak dari rumah kebajikan ini merasai kegembiraan menyambut Syawal.

@lorealpro_education_mysg 

Berpakat Bantu Masyarakat.


HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE