L’OREAL MALAYSIA DAN YFBM SANTUNI TIGA RUMAH KEBAJIKAN PADA PROGRAM KASIH RAMADAN 1445H L’OREAL X YFBM

  • Post author:
  • Reading time:6 mins read
3 April 2024 – L’Oreal Malaysia sekali lagi berkolaborasi bersama Yayasan Food Bank Malaysia dalam program Kasih Ramadan 1445H L’Oreal x YFBM menyantuni tiga rumah kebajikan membeli belah sempena Aidifitri dan berbuka puasa dengan kerjasama Aeon Mall Taman Maluri dan Kolej Ibu Zain, UKM.
 
Program kali ini turut dihadiri oleh Y.A.M. Datin Paduka Setia Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Food Bank Malaysia, Mr. Thomas Hruska, Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia & Singapura, Dr. Mohamad Salmi bin Mohd Sohod, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Food Bank Malaysia dan En. Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia.
 
Tiga rumah kebajikan yang telah mendapat manfaat dari program kali ini ialah Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Rumah Bakti Nur Ain dan Pusat Jagaan Baitul Hidayah.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada L’Oreal Malaysia atas tajaan untuk program kali ini. Tidak dilupakan penghargaan kepada Aeon Mall Taman Maluri dan Kolej Ibu Zain, UKM atas kesudian bekerjasama menyediakan lokasi program kali ini. Semoga kerjasama ini dapat memberi impak positif dalam membantu golongan yang memerlukan.
 
 

Berpakat Bantu Masyarakat! 🇲🇾

 

Share our story!

Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need

Donate Now

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE