4 – 6 July 2025 – Pada hujung minggu yang lalu, telah berlangsung program Literasi Kelas Rimba Bateq sesi ke-66 di Kg. Cangkung, Kuala Tahan. Program ini merupakan aktiviti yang dilaksanakan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang tahun bertujuan untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak Orang Asli Suku Kaum Bateq sebagai persediaan sebelum mereka melangkah ke sekolah aliran perdana.
Inisiatif ini merupakan kerjasama berterusan antara Yayasan Food Bank Malaysia dan Yayasan Hasanah, yang komited dalam memperjuangkan akses pendidikan untuk komuniti pedalaman di Sg. Keniam, Ulu Tembeling, Pahang.
Ikuti perkembangan program Literasi Kelas Rimba Bateq di laman web kami: www.yfbm.org serta di semua platform media sosial rasmi YFBM.
Berpakat Bantu Masyarakat