2 – 4 Mei 2025 – Pada hujung minggu yang lalu, telah berlangsung program Literasi Kelas Rimba Bateq sesi ke-58 di Kg. Cangkung, Kuala Tahan. Program ini merupakan aktiviti yang dilaksanakan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang tahun bertujuan untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak Orang Asli Suku Kaum Bateq sebagai persediaan sebelum mereka melangkah ke sekolah aliran perdana.
Inisiatif ini merupakan kerjasama berterusan antara Yayasan Food Bank Malaysia dan Yayasan Hasanah, yang komited dalam memperjuangkan akses pendidikan untuk komuniti pedalaman di Sg. Keniam, Ulu Tembeling, Pahang.
Program sesi ke-58 kali ini turut disertai oleh Pasukan Kor Bomba UiTM Pahang yang hadir sebagai sukarelawan untuk memberikan semangat dan bantuan sepanjang program berlangsung. Kehadiran mereka memberi impak positif dan pengalaman baru buat anak-anak di sini.
Ikuti perkembangan program Literasi Kelas Rimba Bateq di laman web kami: www.yfbm.org serta di semua platform media sosial rasmi YFBM.
Mari bersama menyokong usaha murni ini demi manfaat mereka, pelajar Literasi Kelas Rimba Bateq.
Yayasan Food Bank Malaysia
Maybank: 5660 1063 0584
REF: RIMBA
HELP US