14 – 16 July 2025 – Pada hujung minggu yang lalu, telah berlangsung program Literasi Kelas Rimba Bateq sesi ke-85 di Kg. Cangkung, Kuala Tahan. Program ini merupakan aktiviti yang dijalankan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang tahun, bertujuan memberi pendidikan awal kepada anak-anak Orang Asli Suku Kaum Bateq sebagai persediaan sebelum mereka melangkah ke sekolah aliran perdana.
Sesi kali ini turut diserikan dengan kehadiran pelajar daripada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Pahang yang menyertai sebagai sukarelawan untuk membantu aktiviti pembelajaran dan interaksi dengan kanak-kanak. Kehadiran mereka menambah semangat dan tenaga positif dalam sesi ini.
Inisiatif ini merupakan kerjasama berterusan antara Yayasan Food Bank Malaysia dan Yayasan Hasanah, yang komited dalam memperjuangkan akses pendidikan untuk komuniti pedalaman di Sg. Keniam, Ulu Tembeling, Pahang.
Ikuti perkembangan program Literasi Kelas Rimba Bateq di semua platform media sosial rasmi YFBM.
Berpakat Bantu Masyarakat.
#Literasikelasrimbabateq #sukukaumbateq #kualatahan
