“TERIMA KASIH KERANA BANTU KAMI, KAMI SEKELUARGA DAH 3 HARI TAK MAKAN”
Ini antara bait bait ayat yang kami terima sepanjang 900 Individu yang telah dibantu melalui Food Bank Runcit.
Apa itu Food Bank Runcit? Food Bank Runcit merupakan program yang dijalankan oleh YFBM untuk membantu individu memerlukan yang melakukan permohonan melalui laman sesawang atau media sosial YFBM. Mereka yang memohon akan diberikan satu kotak makanan yang mengandungi makanan asas dan beras yang boleh bertahan dua hingga 3 minggu. Hampir 900 individu telah berjaya dibantu melalui bantuan dan derma yang anda sumbangkan selama ini.
Tetapi apakan daya, kami memerlukan dana untuk terus menjayakan program ini kerana permintaan yang terlalu tinggi. Mereka yang memerlukan ini perlu dibantu, dan berhak dibantu oleh anda. Sama sama kita membantu mereka yang memerlukan. Dengan RM5 yang anda salurkan, dapat menyediakan makanan untuk mereka yang sangat memerlukan. Ayuh bersama sama YFBM dalam menjayakan Food Bank Runcit ini.
Anda yang ingin memohon dan menyumbang, boleh layari www.yfbm.org/food-bank-runcit/
untuk maklumat yang lebih lanjut.
Berpakat Bantu Masyarakat.
#YFBM #FoodBankRuncit
More Post..

Kembara Tengkujuh 2026 Sumbangan CIMB Foundation | Jajaran Ke-3 (Hari Pertama)
29 Jan 2026 – Sesi serahan Beg Bantuan Program Kembara Tengkujuh tajaan CIMB Foundation diteruskan ke jajaran ke-3, bermula di Pos Kuala Mu, Sungai Siput,

SERAHAN 1000 KOTAK RTEF SUMBANGAN CSR ZAKAT TABUNG HAJI
11 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan sokongan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya menghantar bantuan Ready-To-Eat Food (RTEF) sumbangan

MRS INTERNATIONAL WORLD 2025 GRAND FINALS
7 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) menghadiri MRS INTERNATIONAL WORLD 2025 Grand Finals, dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan Halid,
