13 Feb 2024 – YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Kg. Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.
Pada lawatan itu, Yayasan Food Bank Malaysia telah mengagihkan pek makanan asas dan air minuman sumbangan @kksupermart , @lifeatetika dan @dunkin_my kepada 70 keluarga Orang Asli di sini.
YFBM juga telah mengaktifkan ‘Mobile Kitchen YFBM’ dengan kerjasama APM Gua Musang untuk menyediakan makanan bermasak kepada penduduk di Kg. Orang Asli Kuala Koh. ‘Mobile Kitchen YFBM’ ialah ‘dapur bergerak’ yang pada asasnya akan digerakkan ketika berlakunya bencana terutamanya pada musim banjir. Ianya merupakan salah satu inisiatif YFBM dalam membantu masyarakat.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha murni dan jalinan kerjasama dapat dipertingkatkan bagi memberi manfaat serta kehidupan yang lebih berkualiti kepada masyarakat Orang Asli suku Kaum Bateq di Kg. Kuala Koh.
Berpakat Bantu Masyarakat!