24 Jun 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meneroka kerjasama logistik dan memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak.
Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Ketua Pengarah Keselamatan Negara MKN, Yang Mulia Raja Dato’ Nushirwan bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan Halid, serta pengurusan tertinggi MKN dan warga kerja YFBM. Sesi perbincangan ini memberi tumpuan kepada potensi penambahbaikan dalam pengurusan agihan bantuan dan bekalan asas semasa situasi kecemasan.
YFBM merakamkan penghargaan kepada pihak MKN atas untuk bekerjasama dalam usaha memastikan bantuan sampai tepat pada masanya kepada komuniti yang terjejas. Semoga jalinan ini terus diperkukuh demi kebajikan rakyat Malaysia.
Berpakat bantu masyarakat.