KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA KE ATAS AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read
15 Oktober 2024 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg Laksamana Muda (M) Datuk Mohd Rosli Bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan tentang kolaborasi dan kerjasama strategik antara APMM dan YFBM.
 
Delegasi YFBM yang diketuai oleh YAM Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Pengerusi YFBM, diiringi oleh Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, serta kakitangan YFBM disambut baik oleh pihak APMM.
 
Perbincangan dua hala ini memfokuskan kerjasama dan sokongan logistik bagi Program Susur Pulau di Pulau Aur, Pulau Pemanggil, dan Pulau Tinggi pada 27 hingga 29 Oktober 2024. Semoga jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat berterusan kepada masyarakat di Malaysia.
 
Berpakat Bantu Masyarakat.
 
—————
Untuk maklumat lanjut, layari www.yfbm.org atau hubungi kami di info@yfbm.org.
Ikuti kami di YouTube, TikTok, Instagram, dan Facebook untuk perkembangan terkini.

See less

Donate Now

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE