KOMUNITI KITA – CIMBxYFBM

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read
16 & 17 Oktober 2021 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan rakan penaja utama, CIMB Foundation melalui pogram KOMUNITI KITA – CIMBxYFBM telah mengagihkan bantuan bekalan makanan asas untuk bulan ketiga (ke-3) kepada 250 buah keluarga di sekitar Johor.
 
Bekalan makanan asas yang mereka terima di antaranya ialah tepung, gula, bihun, minyak masak, beras dan lain-lain. Selain itu mereka juga turut menerima pek kebersihan diri seperti shampoo, sabun badan, sabun basuh baju dan lain-lain.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak penaja iaitu CIMB Foundation yang sudi membantu mereka yang memerlukan.
 
Program yang berlangsung selama dua hari ini turut mendapat kerjasama dari badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Sahabat Jariah Malaysia.