KM68 – MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BERSAMA CIMB MALAYSIA

  • Post author:
  • Reading time:13 mins read

KEMBARA MERDEKA 68 YFBM – MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BERSAMA CIMB

16 Ogos 2025 – Hari ini telah berlangsung program Kembara Merdeka 68 YFBM bersama CIMB di Masjid Nurul Huda, Kampung Parit Mahang. Sebanyak 100 set ‘Kindness Basket’ telah diagihkan kepada penerima yang layak, hasil kerjasama erat antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Bahagian Pentadbiran Kumpulan & Pengurusan Hartanah, CIMB Malaysia.

Majlis serahan turut diserikan dengan kehadiran Encik Johan Bin Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Mohammad Ismi Bin Ismail, Ketua Jabatan Pentadbiran Kumpulan & Pengurusan Hartanah, CIMB Malaysia, dan Ustaz Muhammad Bin Yunus, Nazir Masjid Nurul Huda, Kampung Parit Mahang.

Terima kasih kepada CIMB Malaysia atas sokongan padu dalam menjayakan misi bantuan ini. Semoga usaha kecil ini memberi makna besar kepada masyarakat yang memerlukan.

Berpakat Bantu Masyarakat!


DONATE