SESI PEMBUNGKUSAN 700 KOTAK BERSAMA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN IBU PEJABAT LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (SKIP LPP)
10 Julai 2025 — Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (SKIP LPP) telah berganding bahu dengan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dalam sesi pembungkusan makanan di Pusat Pengumpulan & Agihan YFBM.
Dengan bantuan tenaga kerja sukarelawan SKIP LPP, sebanyak 700 kotak makanan berjaya dibungkus untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Usaha ini bukan sahaja mempercepatkan proses, malah mengeratkan lagi hubungan antara organisasi.
Kami berharap kerjasama erat ini akan terus terjalin pada masa akan datang, demi memastikan lebih ramai komuniti mendapat manfaat. Terima kasih SKIP LPP atas sokongan dan komitmen anda.