KEMBARA MERDEKA 68 – MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BERSAMA PUBLIC BANK MALAYSIA

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read
20 September 2025 – Program Kembara Merdeka 68 bersama Public Bank Malaysia telah berlangsung di Open Court Apartment Seri Perantau, Port Klang. Sebanyak 100 kotak bantuan asas telah disediakan dan diagihkan kepada penerima yang layak bagi meringankan beban komuniti setempat. 
 

Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk sesi zumba, aktiviti pembungkusan makanan serta penyerahan kotak bantuan kepada penerima. Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada Mr. Lawrence Wong Wai Yuan, Pengurus Wilayah Public Bank Berhad, Dr. Anthony A. Suseh, Pengerusi Persatuan Kebajikan Seri Perantau Selangor serta Puan Puteri Fazlieznoor Binti Yahaya, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Food Bank Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Public Bank Malaysia atas sokongan dalam menjayakan misi ini. Semoga usaha bersama ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan membawa manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.

@publicbank

Berpakat Bantu Masyarakat! 🇲🇾

 

DONATE