KAJANG > GERIK > PULAU TUJUH > SEMELOR > RPS DALA > ULU LAWIN (Hari Pertama)
Bermula dari Kajang, kami bergerak ke Gerik untuk memulakan misi Jelajah Tengkujuh Perak 2022 yang pertama. Sasaran utama bantuan kemanusiaan Yayasan Food Bank Malaysia dalam program jelajah tengkukuh, adalah dari kalangan penoreh getah, nelayan, petani dan Orang Asli. Komuniti inilah antara yang paling terkesan kehidupan mereka apabila tiba musim tengkujuh. Tidak dapat bekerja, tiada pendapatan dan terputus bekalan makanan.
Perjalanan misi kali ini agak mencabar dimana kami perlu masuk kedalam kampung dengan menggunakan lebih kurang 10 kenderaan 4×4 disebabkan jalan yang tidak rata, ditemani hujan yang kadang menyukarkan lagi perjalanan kami untuk menghantar terus bantuan bekalan makanan ini kepada penerima. Lokasi yang terlibat merupakan Pulau 7, Kg Semelor, Bukit Nangka, Bukit Ladoy, Sg Urat, Sg Untung 5, Sg Untung 9 dan Tokong.
Misi Jelajah Tengkujuh Perak kali ini, CIMB Foundation menjadi penyumbang utama. Cimb Foundation telah menaja kotak makanan dan beras 10kg yang berjumlah sebanyak 512 set. Selain itu, Mr DIY turut menyumbang pek kebersihan diri untuk penerima. Kami mendapat kerjasama yang baik daripada Tok Batin atau Ketua Kampung bagi setiap kawasan untuk memudahkan sesi penyerahan sumbangan.
Misi kali ini tidak dapat berjalan dengan baik jika tidak mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Terima kasih kami ucapkan. Berpakat kita Bantu Masyarakat.
Misi kali ini tidak dapat berjalan dengan baik jika tidak mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Terima kasih kami ucapkan.
Berpakat kita Bantu Masyarakat.
More Post..

Lawatan kunjung hormat CEO YFBM ke Pusat Pelancongan Malaysia, MATIC
Lawatan kunjung hormat CEO YFBM, Tuan Johan Halid ke Pusat Pelancongan Malaysia, MATIC @maticmy. Rombongan YFBM disambut mesra oleh Pengarah MATIC, Encik Rudy Irwan Bin

SESAMA MARA ‘BOX OF HOPE’ 2025 – AIR SELANGOR, VILLAGE GROCER & YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA
29 Ogos 2025 – Program Sesama Mara ‘Box of Hope’ bersama Pengurusan Air Selangor, Village Grocer dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) berlangsung di Surau

MAJLIS RUMAH TERBUKA YAYASAN FOODBANK MALAYSIA 2024 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
30 April 2024 – Semalam telah diadakan Majlis Rumah Terbuka Yayasan FoodBank Malaysia 2024 di Pusat Pengumpulan & Pengedaran Yayasan Food Bank Malaysia, Kajang, Selangor. Alhamdulillah,
