PROGRAM HOTMEAL | AGIHAN MAKANAN BERMASAK PANAS BERSAMA MARRYBROWN MALAYSIA
20 Dis 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan inisiatif HotMeal di Pusat Jagaan Al-Fikrah, Sekamat, Kajang, dengan pengagihan sebanyak 80 pek bubur ayam bermasak panas lengkap bersama ayam, hasil tajaan prihatin daripada Marrybrown Malaysia.
Program ini bertujuan menyediakan hidangan panas yang berkhasiat dan menyelerakan kepada penghuni pusat jagaan dan memastikan mereka menerima makanan dalam keadaan segar dan selamat untuk dinikmati.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Marrybrown atas sokongan dalam menjayakan program kebajikan ini.
Semoga usaha murni ini terus menjadi inspirasi untuk memperluaskan kebaikan kepada lebih ramai komuniti yang memerlukan.
Fikrah Al-Fikrah
