Hari-2

Seawal 0730 pagi, Houseboat bergerak menyusuri sungai lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Kampung Sg. Kejar. Agihan bekalan makanan asas dan kit kebersihan diri untuk Kembara Merdeka 66 diagihkan kepada beberapa kampung iaitu Kg. Tan Hain, Kg. Terapung, Kg. Bonggor & Kg. Sungai Kejar yang berjumlah seramai 112 keluarga.
Kami disambut baik oleh penduduk kampung, sambil dibantu oleh Tok Batin kampung ketika sesi serahan. Untuk misi ini, kami juga bekerjasama dengan kakitangan daripada Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Dekan FST UKM, Prof. Chm. Dr. Ishak Bin Ahmad dan CEO YFBM, En Johan Halid.
Terima kasih diucapkan kepada penyumbang utama Kembara Merdeka 66 – Royal Belum iaitu Ekuinas Malaysia. Tidak dilupakan juga, penyumbang bersama seperti Yadim, Nestle Malaysia, Mamee Malaysia, Malayan Flour Mills Sdn Bhd, Fonterra Brands Malaysia dan anda, seluruh rakyat Malaysia.Selesai misi ini, maka berakhir lah Kembara Merdeka 66 untuk Jajaran Royal Belum, Perak. Nantikan perkembangan daripada kami untuk Kembara Merdeka 66 – Langkawi. Suka, Ikuti dan Kongsi pada rakan dan kenalan anda mengenai misi ini!
Berpakat Bantu Masyarakat 🇲🇾
#YFBM #KembaraMerdeka66#kpdn#mysnapgo#mycorp#fstukm 

Share our story!

Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need


Donate Now

More Post..