28 Disember 2024 – Program Food Bank Lestari Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama Dunkin’ Malaysia melalui inisiatif Kindness Basket Chocoholic Moments telah berlangsung dengan jayanya di Kg. Pagi, Jerantut serta beberapa kampung Orang Asli sekitar Kuala Tahan pada hujung minggu yang lalu. Seramai 180 ketua isi rumah menerima set makanan asas hasil sumbangan daripada Dunkin’ Malaysia.
Program ini merupakan kesinambungan daripada kempen DUNKIN’ Cares Chocoholic Moments Combo yang telah dijalankan dari 3 Oktober hingga 19 November 2024.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dunkin’ Malaysia atas sokongan berterusan terhadap Yayasan Food Bank Malaysia, menjadikan ini tahun keempat kolaborasi dijalankan.
Ucapan terima kasih turut diberikan kepada Angkatan Pertahanan Awam Jerantut dan Kuala Tahan atas bantuan logistik darat dan air yang memastikan kelancaran program ini.
Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.
Berpakat Bantu Masyarakat.