19 Oktober 2024 – Telah berlangsung program Food Bank Lestari – Public Bank Cares di Pejabat JPKK Kg. Seri Aman, Puchong, Selangor. Program ini merupakan kolaborasi pertama antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Public Bank cawangan Puchong. Seramai 50 orang penerima yang tersenarai telah mendapat manfaat dengan menerima set makanan asas beserta beras.
Turut hadir ialah En. Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan YFBM; Cik Clarisse, Pengurus Cawangan Public Bank Berhad; En. Faezal Azman, Unit Pembangunan Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat Subang Jaya; Pn. Wafa Amalina Amali, AJK Hal Ehwal Wanita dan Keluarga; serta Kakitangan Public Bank Berhad Puchong, Kakitangan YFBM, Sukarelawan JKM dan AJK JPKK Kg. Seri Aman, Puchong, Selangor.
Selain itu, sesi pembungkusan barangan sumbangan dan ziarah kasih ke rumah penerima juga telah berlangsung bersama kakitangan Public Bank Berhad bagi merasai pengalaman menyantuni komuniti.
Jutaan terima kasih kepada Public Bank Berhad cawangan Puchong sebagai penyumbang utama untuk program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat, moga segala usaha murni ini diberkati. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan di masa hadapan agar terus memberi manfaat kepada masyarakat.
Berpakat Bantu Masyarakat!
———————-
Untuk maklumat lanjut, layari www.yfbm.org atau hubungi kami di info@yfbm.org.
Ikuti kami di YouTube, TikTok, Instagram, dan Facebook untuk perkembangan terkini.
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE