8 Jun 2024 – Semalam telah berlangsung program keempat penyerahan bakul makanan Food Bank Lestari – Misi Bantuan Kemanusiaan MAIWP Prihatin 2024 di Kondo Rakyat Desa Pantai, Kuala Lumpur.
Seramai 150 penerima telah menerima sumbangan bakul makanan dan set kebersihan diri pada program kali ini.
Program ini merupakan kolaborasi antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sumbangan MAIWP kepada program ini adalah hasil daripada kutipan zakat dan sasaran penerima adalah golongan asnaf yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.
Turut hadir pada program kali ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, En. Johan Halid serta wakil penduduk Kondo Rakyat Desa Pantai.
Program Food Bank Lestari – Misi Bantuan Kemanusiaan MAIWP Prihatin 2024 akan diteruskan lagi ke 30 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan sepanjang tahun ini.
Berpakat Bantu Masyarakat!
Share our story!
Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
Donate Now
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE