8 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia(YFBM) telah mengadakan program Food Bank Kasih – Ramadan Kareem di Surau An-Nur, Kg. Solok, Kuala Sawah. Program ini bertujuan membantu masyarakat setempat yang memerlukan dengan agihan pek makanan asas sempena bulan Ramadan.
Sebanyak 150 kotak makanan asas the diagihkan kepada penduduk Kg. Solok, Kuala Sawah. Turut hadir pada program kali ini ialah Pengerusi Persatuan Kebajikan Warisan Qaseh N9, Tok Kamarussalan bin Yaakob, serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Encik Johan Halid, AJK tempatan dan warga kerja YFBM.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini membawa manfaat kepada mereka yang memerlukan dan mengeratkan lagi silaturahim dalam komuniti.
Berpakat Bantu Masyarakat!
HELP US