11 Mei 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melaksanakan misi bantuan kemanusiaan melalui program Food Bank Kasih di SK Kampung KEDA, Baling, Kedah. Program ini bertujuan membantu komuniti setempat dengan sumbangan kotak makanan asas kepada keluarga yang memerlukan.
Sebanyak 150 kotak makanan asas telah diagihkan kepada penerima. Turut hadir dalam program ini Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan Halid.
YFBM mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat meringankan beban komuniti setempat.
Berpakat Bantu Masyarakat.
HELP US