Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Food Bank Siswa Program Launching

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read

KOTA SAMARAHAN, 3 MEI 2019 – Susulan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup
Negara (NACCOL) pada 15 Februari 2019, Kerajaan telah memutuskan untuk meluaskan
Program Food Bank Malaysia yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke seluruh institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA).

KPDNHEP telah mengadakan satu pertemuan bersama semua Naib Canselor IPTA yang
dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri KPDNHEP pada 4
Mac 2019 bagi membincangkan pelaksanaan program ini di peringkat universiti.
Inisiatif Food Bank Siswa adalah berkonsepkan “From the Students to the Students” di
mana kementerian mengalu-alukan penglibatan pelajar dalam pelaksanakan Food Bank
Siswa ini terutamanya dari persatuan-persatuan pelajar untuk bersama membantu
golongan pelajar yang memerlukan. Perkara ini dilaksanakan kerana Kerajaan ingin
memastikan golongan pelajar sebagai pelapis negara dapat menimba lebih banyak
pengalaman dalam pelaksanaan program kebajikan seperti ini.

Ianya juga adalah bagi
memupuk semangat sukarelawan di samping dapat bergiat aktif dalam aktiviti yang
dijalankan di universiti.
Projek permulaan Food Bank Malaysia di universiti telah dimulakan di Fakulti Perubatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 27 Februari 2019, Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Permatang Pauh pada 23 Mac 2019, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 28 Mac
2019, Universiti Malaya (UM) pada 9 April 2019, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Skudai pada 15 April 2019 dan baru-baru ini dijalankan di Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA) pada 29 April 2019.
Bagi pelaksanaan Program Food Bank Siswa di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini,
terdapat 200 orang pelajar yang telah dikenalpasti layak menerima bantuan daripada
-lagi-
program ini.

CS Mini Market sebagai penyumbang utama bagi program ini dan akan
digerakkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS)
dengan menggunakan konsep Food Pantry.

KPDNHEP telah membuka ruang seluas-luasnya kepada semua pihak untuk turut serta
dalam menjayakan program ini agar sumbangan yang disalurkan dapat memberi sinar
baharu kepada mahasiswa yang sedang menuntut di universiti. Ini adalah bagi membantu
meringankan beban kos sara hidup mahasiswa golongan B40.

KPDNHEP percaya semangat kesukarelawan yang tinggi dapat dibentuk menerusi
program ini dan berharap inisiatif ini dapat diperluaskan ke Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS), Kolej Universiti, Maktab Perguruan dan lain-lain institusi.

Sumber: KPDNHEP

Share to others
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram