21 Oktober 2021 – Food Bank Komuniti Gopeng ini merupakan tajaan terus daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Setakat ini, sebanyak tujuh (7) buah Food Bank Komuniti telah ditubuhkan di seluruh Malaysia termasuklah di daerah Lumut, Simpang Renggam, Gopeng, Kota Damansara, Baling, Lembah Pantai dan Kuala Tahan.
Food Bank Komuniti di Gopeng ini telah beroperasi selama tiga bulan dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Ab Wahab Long. Food Bank Komuniti ini beroperasi menggunakan konsep “ambil sekadar perlu, derma andai mampu”.
YFBM akan membantu dari segi bekalan barangan keperluan asas dalam tempoh 3 hingga 6 bulan bergantung kepada dana penajaan yang dianggarkan sekitar RM50,000.
Sepanjang tempoh itu, YFBM akan memberikan khidmat nasihat kepada setiap pihak pengurusan Food Bank Komuniti untuk mencari tajaan sendiri dari syarikat korporat setempat.
Food Bank Komuniti Gopeng ini diuruskan oleh badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Perpaduan Budaya Wanita Kinta, Perak.
YFBM turut berharap agar lebih ramai lagi Food Bank Hero daripada syarikat pengilang, pemborong makanan, pasar raya besar, industri hotel dan syarikat korporat untuk tampil kehadapan bagi membantu usaha murni ini.
More Post..

Sesi Focus Group Belanjawan 2023
hasriq_yfbm_admin
February 10, 2023
CEO Yayasan Food Bank Malaysia, En Johan Halid telah menghadiri Sesi Focus Group Belanjawan 2023 oleh YB Timb. Menteri Kewangan I, YB Datuk Seri Haji

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Food Bank Siswa Program Launching
afiq_yfbm_admin
September 20, 2019

SESAMA MARA BOX OF HOPE AIR SELANGOR, VILLAGE GROCER & YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA
afiq_yfbm_admin
July 29, 2024
29 Julai 2024 – Program Sesama Mara Box of Hope Air Selangor, Village Grocer dan YFBM diteruskan lagi di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya.








