EHH Food Industri Beri Sumbangan: Misi Bantuan Kembara Tengkujuh

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read

SESI PEMBUNGKUSAN BEG BANTUAN UNTUK PROGRAM KEMBARA TENGKUJUH SUMBANGAN EHH FOOD INDUSTRI SDN BHD

23 Disember 2025 – Telah berlangsung sesi pembungkusan di Pusat Pengedaran dan Pembungkusan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Pembungkusan beg bantuan telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kolaborasi erat bersama pasukan sukarelawan dari EHH Food Industri.

Sebanyak 100 unit beg bantuan yang berisi barangan keperluan asas dan makanan kering telah siap dibungkus. Bantuan ini merupakan persediaan untuk Program Kembara Tengkujuh, yang bakal digerakkan ke kawasan-kawasan sasaran untuk membantu komuniti yang memerlukan.

Program ini merupakan inisiatif bantuan kemanusiaan proaktif sempena musim Monsun Timur Laut (MTL). Fokus utama adalah untuk menyantuni komuniti yang terjejas akibat banjir atau mereka yang tinggal di kawasan terpencil, bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan dan barangan asas tetap terjaga sepanjang musim tengkujuh ini.

Pihak Yayasan Food Bank Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EHH Food Industri atas sumbangan ikhlas serta penglibatan aktif kakitangan mereka sebagai sukarelawan. Sokongan murni seperti ini amat bermakna dalam usaha kita meringankan beban masyarakat yang terjejas semasa musim ini berlangsung.

Semoga usaha kecil ini mampu membawa sinar harapan dan keceriaan buat mereka yang sedang diuji. Sama-sama kita mendoakan agar urusan agihan nanti berjalan lancar dan selamat.

Berpakat Bantu Masyarakat!

DONATE