Kembara Merdeka 68 – Hulurkan Bantuan, Sebarkan Semangat Kemerdekaan 2025

Setiap 31 Ogos, rakyat Malaysia bersama-sama mengenang dan meraikan detik bersejarah kemerdekaan negara.
Kembara Merdeka ke-68 merupakan inisiatif berterusan oleh Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dalam menyemarakkan semangat kebangsaan melalui misi bantuan kemanusiaan – satu usaha yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami sejak awal penubuhan yayasan ini.

Setiap Sumbangan bernilai RM150 dapat membantu sebuah keluarga.

KEMBARA MERDEKA 68

Kembara Merdeka merupakan inisiatif Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia. Kempen ini menyalurkan “Kindness Basket” yang mengandungi barangan makanan dan keperluan asas kepada komuniti yang memerlukan.

Kempen ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat Merdeka melalui penyatuan, keprihatinan dan kegembiraan yang dikongsi bersama rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang, terutama golongan yang kurang bernasib baik.

Dilaksanakan oleh Yayasan Food Bank Malaysia, bantuan akan diagihkan kepada komuniti nelayan pantai, penoreh getah , Orang Asli, dan pesara tidak berpencen polis dan tentera.

Kembara Merdeka 68 dijalankan sepanjang bulan Ogos 2025 bersempena Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos.

Sasaran agihan bantuan melibatkan pelbagai kawasan di seluruh negara, memberi tumpuan kepada kawasan pedalaman, penempatan terpencil dan komuniti berpendapatan rendah.YFBM menggerakkan tenaga logistik, sukarelawan dan rangkaian kerjasama bagi memastikan penyampaian bantuan berjalan lancar dan berkesan.

Yayasan Food Bank Malaysia menyeru orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini. Dengan sokongan anda dan kerjasama strategik, setiap RM150 yang disumbangkan akan menyediakan 1 Bakul Kebaikan untuk sebuah keluarga. 

BAGAIMANA ANDA BOLEH BANTU

Sumbang kepada kempen “Kembara Merdeka 68”

Setiap RM150 yang anda sumbangkan membolehkan kami menyediakan 1 kotak makanan keperluan asas
 kepada keluarga yang memerlukan. Sumbangan boleh dibuat melalui akaun rasmi YFBM atau pautan dalam talian kami.

Jadi Sukarelawan

Sertai kami sebagai sukarelawan untuk membantu dalam penyusunan, pembungkusan dan pengagihan bantuan. Tenaga anda amat bermakna dalam memastikan bantuan sampai tepat pada masanya.

Sebarkan Kesedaran

Kongsi kempen ini di media sosial anda dan galakkan rakan-rakan serta keluarga untuk turut menyumbang. Lebih ramai yang tahu, lebih besar impak yang boleh kita capai bersama.

SERTAI MISI KEMBARA MERDEKA 2025

Sempena bulan kemerdekaan ini, kami menghidupkan semangat perpaduan melalui Kembara Merdeka — satu perjalanan menyeluruh ke seluruh negara untuk menyampaikan bantuan makanan dan sokongan kepada komuniti yang memerlukan.

Sumbangan anda akan membantu kami menyediakan kotak makanan asas, barangan keperluan dan program bantuan kepada keluarga kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

RM150 boleh menyara satu keluarga sehingga sebulan dengan barangan dapur asas, sumber protein, kebersihan diri dan lain-lain.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai kempen ini atau ingin menyumbang dengan cara lain?

Hubungi kami di info@yfbm.org atau telefon 03-8736 0117.

Bersama kita bantu masyarakat.


Berpakat Bantu Masyarakat.

SAMBUTLAH SEMANGAT KEMERDEKAAN DENGAN MEMBERI HARAPAN. 

MARI MENYUMBANG KEPADA KEMPEN KEMBARA MERDEKA 68 UNTUK MEMBERI KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Email