11 September 2025 – Malam penuh makna bersama komuniti rakan jalanan di sekitar Kuala Lumpur. Yayasan Food Bank Malaysia sekali lagi menganjurkan Bread & Beauty Nightwalk, dengan kolaborasi bersama Pertubuhan Jejak Jalanan, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan dibantu oleh anggota RELA.
Misi kami bukan sekadar menghulurkan makanan, minuman dan keperluan asas, tetapi juga memberi peluang kepada penerima untuk menebus kupon khidmat penjagaan diri di Beauty for Better Life Salon, inisiatif bersama L’Oréal Malaysia di Anjung Singgah YKN KL, sebagai usaha memulihkan keyakinan diri mereka.
Lokasi santunan malam tadi meliputi:



Lorong Haji Taib 2
Terima kasih tidak terhingga kepada rakan penaja Dunkin’ Malaysia, Nestlé Malaysia, Calpis, Hogan Bakery, Big Pharmacy serta semua sukarelawan yang turun padang.
Komitmen dan sokongan anda menjadikan malam ini lebih bermakna. Bersama kita teruskan langkah, menyantuni mereka yang memerlukan.
Berpakat Bantu Masyarakat!