25 Oktober 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) meneruskan inisiatif mendekati komuniti melalui BFBL Mobile Outreach Program yang berlangsung di PPR Taman Wahyu, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan memperkenalkan pelbagai usaha dan perkhidmatan sosial di bawah YFBM kepada masyarakat setempat.
Antara tarikan utama program kali ini ialah pendedahan kepada salun Beauty For A Better Life hasil kolaborasi bersama L’Oréal Malaysia, yang kini beroperasi di Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Kuala Lumpur. Inisiatif ini membuka peluang kepada golongan rentan untuk meningkatkan keyakinan diri dan menimba ilmu asas penjagaan diri.
Melalui usaha ini, YFBM berharap dapat memperkukuh hubungan dengan komuniti serta memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk turut serta dalam memperkasakan masyarakat.
