BEAUTY FOR A BETTER LIFE SALON – INISIATIF PENJAGAAN DIRI UNTUK KOMUNITI TERJEJAS

  • Post author:
  • Reading time:15 mins read

31 Julai 2025 – L’Oréal Malaysia bersama Yayasan Food Bank Malaysia, dengan sokongan Yayasan Kebajikan Negara, melancarkan inisiatif Beauty for a Better Life Salon di Anjung Singgah Kuala Lumpur – sebuah ruang penjagaan diri khas buat komuniti terjejas yang memerlukan sentuhan baru dalam hidup mereka.

Melalui inisiatif ini, individu seperti rakan jalanan dan komuniti berisiko mendapat akses kepada perkhidmatan cucian dan gunting rambut secara percuma, serta menerima produk penjagaan diri dalam suasana yang bersih, selesa dan bermaruah – demi mengembalikan keyakinan dan memberi peluang untuk membina semula kehidupan
.

Program ini turut dihadiri oleh Y.A.M. Datin Paduka Setia Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Yayasan Food Bank Malaysia, Encik Tomas Hruska, Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia – Singapura, Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YFBM, Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, dan Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia.

Terima kasih kepada L’Oréal Malaysia atas komitmen dalam membina komuniti yang lebih berdaya, inklusif dan penuh harapan.

Berpakat Bantu Masyarakat.


DONATE