BANTUAN PASCA BANJIR SABAH & SARAWAK 2025 SUMBANGAN DANA ZAKAT BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD (BPMB)

  • Post author:
  • Reading time:13 mins read
20–22 April 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah melaksanakan misi bantuan pasca banjir kepada penerima yang terjejas di 6 buah kampung sekitar Kota Marudu dan Kota Belud, Sabah.
 
Sumbangan dana zakat BPMB ini memfokuskan bantuan kepada golongan Asnaf Muslim, OKU dan Mualaf. Bantuan merangkumi barangan asas, keperluan rumah, kit solat, peralatan elektrik, dan perubatan. BPMB juga turut menyalurkan bantuan kepada pelajar sekolah yang terjejas banjir.
 
Turut hadir Ustaz Amirul Farhan Ariffadzilah (Associate, Zakat Management GSM BPMB) dan Ustaz Muhamad Syamim Ahmad Yunus (Manager, Advisory GSM BPMB) serta wakil YFBM ialah Ketua Pegawai Kewangan, Encik Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Operasi, Puan Puteri Fazlieznoor Yahaya, dan Pengurus Besar, Puan Yang Rafidah Othman.
 
Terima kasih kepada semua pihak khususnya sukarelawan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Team 4×4 sabah yang bersama sama menjayakan misi ini bagi meringankan beban mereka yang terkesan.
 
Berpakat Bantu Masyarakat!
 

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE