BANTUAN BANJIR KILAT DI KG. KUBU GAJAH, SUNGAI BULOH

  • Post author:
  • Reading time:9 mins read

23 April 2025 – Susulan kejadian banjir kilat yang melanda penduduk Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah mengambil tindakan segera dengan menyalurkan bantuan makanan kepada komuniti yang terjejas. Banjir kilat yang berlaku secara mendadak ini telah menyebabkan beberapa kediaman rosak dan mengganggu kehidupan harian penduduk, khususnya dari segi akses kepada makanan dan air bersih.

Sebagai langkah pantas membantu mangsa yang terkesan, YFBM telah mengagihkan sebanyak 22 karton makanan sedia dimakan, 26 karton air mineral, serta 31 karton makanan sejuk beku. Bantuan ini diberikan bagi memastikan keperluan asas seperti makanan berkhasiat dan air bersih terus tersedia kepada keluarga yang memerlukan, terutamanya sepanjang tempoh pemulihan pasca bencana.

Yayasan Food Bank Malaysia akan terus komited untuk menjadi antara barisan hadapan dalam membantu komuniti yang terjejas akibat bencana alam mahupun krisis kemanusiaan. Usaha ini hanya dapat direalisasikan dengan sokongan berterusan daripada rakan strategik dan orang awam.

Berpakat Bantu Masyarakat.

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE