Sukarelawan YFBM hari ini, 22 Disember 2021 telah melaksanakan misi di beberapa lokasi yang terkesan dengan bencana banjir. Antaranya:
1. Menyampaikan bantuan bekalan makanan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Putra Heights dan Surau Nurul Islah di Bukit Lanchong. (100 pek beras 10kg, 480kg Gula, Ikan masin, susu kanak kanak, pampers, pad wanita, biskut, 50 karton air mineral, minuman 3in1, roti dan lain lain)
2. Selain itu, sukarelawan kami juga telah menyumbang tenaga dengan membantu pembersihan rumah orang kampung (Bukit Lanchong) yang terkesan kerana banjir.
Sekalung penghargaan kepada penyumbang individu dan organisasi korporat yang telah menyumbang dana bantuan ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut:
Name: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank Berhad
Akaun: 5660 1063 0584
ref: monsoon21
Sumbangan kepada Yayasan Food Bank Malaysia layak untuk mendapat Pengecualian Cukai LHDN, resit akan diberi sekiranya perlu.
More Post..

KEMBARA MERDEKA 67 YFBM – HLA CARE FOOD BANK RUNCIT
afiq_yfbm_admin
August 3, 2024
3 Ogos 2024 – Semalam, program HLA Care Food Bank Runcit telah berlangsung di Pejabat JPKK Kg. Seri Aman, Puchong. Ini adalah program pertama di

MISI BANTUAN KECEMASAN BANJIR DI SG. BULOH, HULU KUANG DAN PAYA JARAS
afiq_yfbm_admin
October 5, 2024
5 Okt 2024 – Yayasan Food Bank Malaysia bersama NGO Sahabat Jariah Malaysia dengan kerjasama JAKOA Daerah Gombak dan Petaling telah mengagihkan 100 set bakul

RAYA AIDILADHA 2025
afiq_yfbm_admin
June 6, 2025
Raya korban bukan sekadar daging dikongsi, tapi kasih sayang dan keprihatinan sesama insan.Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan, keinsafan dan kekuatan