Sukarelawan YFBM hari ini, 22 Disember 2021 telah melaksanakan misi di beberapa lokasi yang terkesan dengan bencana banjir. Antaranya:
1. Menyampaikan bantuan bekalan makanan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Putra Heights dan Surau Nurul Islah di Bukit Lanchong. (100 pek beras 10kg, 480kg Gula, Ikan masin, susu kanak kanak, pampers, pad wanita, biskut, 50 karton air mineral, minuman 3in1, roti dan lain lain)
2. Selain itu, sukarelawan kami juga telah menyumbang tenaga dengan membantu pembersihan rumah orang kampung (Bukit Lanchong) yang terkesan kerana banjir.
Sekalung penghargaan kepada penyumbang individu dan organisasi korporat yang telah menyumbang dana bantuan ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut:
Name: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank Berhad
Akaun: 5660 1063 0584
ref: monsoon21
Sumbangan kepada Yayasan Food Bank Malaysia layak untuk mendapat Pengecualian Cukai LHDN, resit akan diberi sekiranya perlu.
More Post..

Yayasan Food Bank Malaysia Post-Flood Relief Mission With HOERBIGER
hasriq_yfbm_admin
December 14, 2020
In support of Malaysian citizens that had been affected by Covid-19 pandemic and flood incident that happenedin the east coast, HOERBIGER-KT Malaysia Sdn. Bhd had

MAJLIS PELANCARAN JALINAN KERJASAMA LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA
afiq_yfbm_admin
June 30, 2025
30 Jun 2025 — Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi Majlis Jalinan Kerjasama yang diadakan

PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI DUNKIN – KG CANGKUNG, SG KENIAM, PAHANG
afiq_yfbm_admin
November 15, 2025
15 November 2025 – Telah berlangsung Program Pembangunan Komuniti Dunkin di Kg Cangkung, Sg Keniam, Pahang yang bertujuan membantu mencerahkan kehidupan komuniti setempat. Seramai 25
