17 Januari 2026, Miri, Sarawak – Program Bantuan Persekolahan 2026 telah dilaksanakan hasil kerjasama antara Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri, Yayasan Hasanah dan Yayasan Food Bank Malaysia bagi membantu pelajar daripada keluarga asnaf serta penduduk yang terjejas banjir, agar mereka dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih selesa dan teratur.
Maklumat Program:
1. Jumlah penerima: 50 orang pelajar
2. Sekolah terlibat: SK Miri (30 pelajar) & SK Sayed Othman (20 pelajar)
Yayasan Food Bank Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada DUBS Cawangan Miri dan Yayasan Hasanah atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan inisiatif ini demi kesejahteraan pendidikan anak-anak.






