PROGRAM KEMBARA TENGKUJUH 2025 BERSAMA NESTLE & DUNKIN
27 Disember 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM), dengan sumbangan daripada Nestle Malaysia serta sokongan barangan keperluan asas dan logistik oleh Dunkin’ Malaysia, telah melaksanakan misi menyantuni komuniti di Kampung Orang Asli Sungai Berua dan Kampung Bukit Jejulong, Terengganu menerusi Program Kembara Tengkujuh 2025.
Misi ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada keluarga yang berisiko terjejas ketika musim monsun timur laut.
Seramai 160 orang penerima manfaat di Kampung Orang Asli Sungai Berua dan 130 orang penerima manfaat di Kampung Bukit Jejulong telah menerima sumbangan barangan keperluan bagi meringankan beban persediaan mereka menghadapi musim tengkujuh.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Nestlé Malaysia atas keprihatinan mereka, Dunkin’ Malaysia atas sokongan barangan asas dan logistik, serta pasukan 4×4 Pasir Puteh dan para sukarelawan yang telah bekerjasama memastikan misi ini berjalan lancar. Semoga bantuan ini dapat membawa keceriaan dan meringankan beban kepada komuniti setempat.
