200 PENDUDUK DI PPR LAKSAMANA DAN PPR PERKASA MENERIMA BANTUAN ‘ONE OFF’ DI BAWAH INISIATIF MAIWP PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA

  • Post author:
  • Reading time:17 mins read

PROGRAM BAKUL MAKANAN MAIWP PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA 2025

3 Ogos 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan lagi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, lokasi agihan bantuan tertumpu di PPR Laksamana dengan 100 penerima di Surau Al Habshee dan di PPR Perkasa dengan 100 penerima di Surau Babul Khairat. Program kali ini turut di adakan saringan kesihatan oleh Klinik As Salam.

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan YFBM, dengan sokongan dana zakat melalui Pusat Agihan Zakat (PAZA). Program ini terus diperluaskan bagi menyantuni golongan asnaf di Wilayah Persekutuan menerusi pendekatan komuniti yang lebih menyeluruh.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pusat Agihan Zakat (PAZA) Titiwangsa, Encik Muhammad Syahmirul bin Rabuan ; Ketua Pegawai Kewangan YFBM, Encik Azhar bin Ahmad; Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Laksamana, Tuan Haji Muslim Haji Ismail dan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Perkasa, Encik Mohd Murad Haji Mat Nor.

Program Food Bank Lestari – MAIWP Prihatin Komuniti Sejahtera 2025 akan diteruskan lagi ke 13 PPR terpilih di Wilayah Persekutuan.

YFBM mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan, AJK penduduk, komuniti tempatan, serta warga kerja YFBM yang telah menjayakan program ini.

Berpakat Bantu Masyarakat!


DONATE