200 KELUARGA DI PULAU INDAH TERIMA BANTUAN BOX OF HOPE DARIPADA AIR SELANGOR, VILLAGE GROCER & YFBM

  • Post author:
  • Reading time:17 mins read

SESAMA MARA BOX OF HOPE AIR SELANGOR, VILLAGE GROCER & YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA

22 Julai 2025 – Program Sesama Mara Box of Hope bersama Pengurusan Air Selangor, Village Grocer dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) diteruskan lagi di Dewan Orang Ramai Kg. Telok Nipah, Pulau Indah, bagi menyantuni komuniti sekitar DUN Pelabuhan Klang yang memerlukan bantuan makanan. Seramai 200 penerima telah menerima manfaat set ‘Box of Hope’ yang mengandungi barangan keperluan asas.

Turut hadir memeriahkan program ialah YB Tuan Azmizam bin Zaman Huri (ADUN Pelabuhan Klang), Ts. Ezrul Azzim bin Wahid (Ketua Wilayah Klang, Air Selangor), dan Encik Azhar bin Ahmad (Ketua Pegawai Kewangan, Yayasan Food Bank Malaysia).

Kerjasama erat bersama Pusat Khidmat Rakyat DUN Pelabuhan Klang, pasukan Hydro Heroes Air Selangor, kakitangan YFBM dan sukarelawan tempatan menjadikan program ini lebih bermakna dan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Air Selangor dan @villagegrocer atas sumbangan yang berterusan demi kesejahteraan komuniti.

Berpakat Bantu Masyarakat!

Every donation will go to feed the right person.

DONATE